14//What's for kids?

I guess, this is the age orang dah start tanya for opinion, and some of my circle of friends dah start buat research pasal which school anak mereka akan pergi. Tak kira lah tadika ke, primary school ke atau secondary school. 

Hm that's adulting phase. 

It's like a large space with too much steps. 

As a mother, you mesti nak jadi yang terbaik for your kids dan berikan yang terbaik juga untuk your kids. I faham juga why my friends putting me in the loop sebab they want me to be ready as well. 

Kalau ada rezeki anak, siapa je yang tak nak hantar anak dorang ke playschool yang bagus. Siapa je yang tak nak anak mereka multilanguage? Siapa je yang tak nak anak mereka ada handful of skills?Siapa je tak nak anak mereka pandai dan kenal Tuhan? Kan?

I believe semua parents want the same thing. 
Nak yang terbaik. Nak anak mereka jadi anak solehah, anak yang bijak dan berbudi bahasa. 

Tapi batu penghalang untuk sesetengah orang ialah kos, tempat, dan availability. 

Setiap anak ada chart perkembangan. Way before that, we as parents akan anxious anak ada speech delay, anak tak merangkak lagi, anak tak bercakap lagi. I belum jadi parents. jauh lagi perjalanan, not sure sama ada rezeki tu akan ada atau tak. 

Dan setiap kali benda - benda macam ni happened to be a topic to discuss about, perut I rasa tak tenteram. As a friend, I memang akan cakap, insha Allah I akan doakan anak you ada improvement tapi dalam masa yang sama I seram. 

I tak boleh imagine lagi macam mana nak buat if I ada dekat tempat you. 

As a mother, kalau anak perempuan I nak kena fikir her tingkah laku, do not being so loud, safety and all. 
As a mother jugak, kalau anak lelaki I have to make sure my boy is well-behaved. 

It's all started with the day you chose your partner, kan?
Is he/she had the same vision of the family?  both of you willing ke to spend a lot on kids education?

Cara kita dibesarkan terkadang sangat berbeza. Nak cari titik persamaan for this matter pun kadang kadang ambil masa. 

Otak I cramp to think--- nature of an overthinker. 
 

13// Pizza Mansion

If tak silap, first time pergi makan dekat Pizza Mansion ialah waktu celebrate my 30th birthday. 

Masa tu tak over crowded and tak lah viral sampai setiap kali you scroll tiktok/instagram influencer ni semua makan dekat situ. 

If korang makan dekat The Five, Feeka Roster and Pizza Mansion memang connected to one another sebab satu owner yang sama. 

Masa my birthday lunch tempoh hari, i had Feeka's cheese burger and Pizza Mansion's Magic Mushroom. 
And each time i pergi dinner atau lunch kat sana, i only repeat the magic mushroom haha

For me, it is worth and the taste juga unique. 

It's now my sister punya favorite since we tak makan Pizza Hut/Dominos anymore. 
Personally pada I,  pizza topping untuk magic mushroom tu, rasa dia ala-ala carbonara but it's not a carbonara and it match dengan mushroom tu. 

Here is their website if you wanna check. 


Mostly untuk first timer mesti confuse mana nak cari seat kalau masuk je takde tempat. 
What we've been doing, I duduk je dekat are Feeka Coffee punya section. I bought the drinks from Feeka, and normally mereka akan bagi QR code for you to order from Pizza Mansion. 

For the payment, nanti mereka hantar pizza or whatever yang you order, dia akan bawa card terminal tu sekali. If tak silap, they tak accept cash. 

Seating area dia memang tak berapa banyak sangat. Tapi okaylah, no matter what I still dapat tempat duduk dan makan. Tu je penting. 

I ada list untuk Pizza place yang I want to try. Antaranya ialah Mokky's Pizza. Soon lah eh. 
So, korang dah try? Any recommendation pizza place yang nak share? Feel free to comment yeah >,<

12//Rindu dua orang dalam satu masa.

My mood was really off, lately. 

 Satu hari tu, hari hujan. I dah terlepas bas untuk balik ke rumah.
 I thought I was early rupanya bas dah jalan dulu. Kena tunggu lagi 45 minit untuk bas seterusnya tiba.

 An elderly aunt came and sit in front of me,pat her knees while looking at me. 
She smiled, 'Nanti you dah tua you pun macam ni'. 

 I tak ingat mana I nampak adegan ni. Perhaps a dejavu thing.
 I senyum balik dan tengok handphone, scrolling twitter/x. Only two of us at the bus station. 

 The aunt keep talking to me, and I tried to pay attention. I banyak senyum dan angguk sahaja.

 Telefon nak habis bateri, tinggal dalam 10%. So I simpan phone dalam tas tangan.
 Berborak dengan aunt tu. 

A chinese lady in her 80s. Came from Mentakab, Pahang. She said she was here staying with her adik in Menara Bangsar. Nearby to my place.
 I rasa, bila I borak dengan aunt tu, I rindu dua orang dalam satu masa. 
 I rindu nenek. I rindu my mum. 

 From her side, got resemblance of nenek and Ibu.

Dari segi dagu dan bentuk muka.
 Or maybe chinese genetic macam tu?

 I tak tahu. Dengar lenggok cara cakap tu, I rasa sedih tapi I rasa gembira.
 I rindu nenek bercakap dengan I. I rindu ibu bercakap dengan I.
And for many days, I sebenarnya dibelenggu dengan rasa rindu, ini ke cara Allah pujuk hati I?

 Balik tu I peluk adik I kuat-kuat. 

Semoga aunt tu baik-baik sahaja. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa Mohamad Jai, Hafizah dan Zauyah. Lapangkan kubur mereka.

Aunt cerita she is a retired nurse. Lagi lah rasa rindu kat ibu tu membuak-buak. 

11//Pendam

I ada masalah untuk process my emotions. 

Banyak orang yang kena cancer/strok, tak lari, mesti someone yang memendam. 
Usually orang tu ada period of grief, sedih dalam life dia. Period of suppressing their angers. 

I know kadangkala faktor pemakanan cause the illness tapi, it will never cause of makanan only. 

Emotions ada vibration yang significantly impacting our overall well-being and interactions with others. 

I just realized yang most of the time I express my anger without actually showing it. Passive aggression. 

Took a toll on my anxiety and depression for a long time. 

Interesting to learn more and more about your body everyday. Always a new thing to discover/deepen your knowledge. Alhamdulillah. 

So starting today, I belajar untuk process my emotions. I want to stop feeling resentful towards anyone yang hurt me. Boleh ke?

Kadang-kadang kata tu tak terluah, I just want to learn to let go tanpa dia trigger di kemudian hari. 
Itu lah, selalu kita belajar untuk tidak trigger orang. 
Tapi kita overlook pasal diri kita. 

Ada sesetengah benda tu trigger emosi kita. Cause a change in our attitude, demeanour, physical and mental well-being. 

 If you that close to me, you will be aware of my breathing. Banyak kali I will just tarik nafas dan hembus to relax myself first or i cakap 'takpe' a looooottt. 

Never I realised before this,yang my 'takpe' is my coping statement. 

Selalunya kalau I ada mood tiba-tiba untuk pergi spa tu, it's my way to release some of my sadness or upset with anything. 

Korang perasan kan, kalau rasa negatif or sedih or sakit hati, badan kita sakit-sakit?


The Author

My photo
Still conflicted between opening myself up to the world and keeping things in private.