I tanam pun sekadar suka-suka sebab I nak ada something to do. Tak nak layan rasa annoyed dengan orang sekeliling. Fokus buat kerja lain.
Indirectly nak belajar something.
Earlier I started with pokok som jawa/ginseng jawa/pokok kolesom. Kemudiannya bayam brazil. Sekarang tiba-tiba ada anak pokok cili.
Ginseng jawa dan bayam brazil ni hasil yang i bawa balik dari rumah umi. I buat keratan batang dan cucuk dalam tanah pasu.
Anak pokok cili pulak, I semai biji benih saja-saja dekat cocopeat yang I beli dari Shopee. I pun terkejut dia naik tunas semua tu.
Dalam banyak-banyak pokok ni semua, I kenal pokok bayam brazil je sebab selalu makan. Kenal lah daun dan teksturnya.
Pokok ginseng jawa masa umi bagi dia cuma cakap boleh makan buat ulam. A friend of mine, Sabila yang bagitahu "oit, tu daun ginseng jawa ni. Senang dia nak tumbuh" Even pokok cili pun masa dia naik keluar tunas semua tu pun kawan-kawan yang tegur bagitahu nama pokok dekat InstaStory. Hehehe
I beli satu lagi dekat Shopee,pokok bunga telang.. Dah many days pun tak keluar bunga lagi. Ni dah bulan ketiga. Tapi daun-daun dia masih sihat, pokoknya pun masih tumbuh. Bahagian yang nak keluarkan bunga tu ada tapi dia tak berbunga lagi.
Setakat hari ini, pokok ginseng jawa punya bunga sentiasa cantik. Always my favorite.
Anak pokok cili yang I tanam pula, masa semai mula-mula tu I pergi letak banyak banyak. Biji benih tu dari cili merah/hijau yang dah rosak. Yang macam on the way nak berkulat tu, i remove seeds dia and selamba je lah letak.
Ramai orang dah pesan, pokok cili ni manja ya. Kena selalu manjakan dia. Satu lagi, I aware yang I patut separate dia ke atas seedling tray tu,mesti kena ada jarak semua.
Again I procrastinate a lot, my seedling tray tu pun entah ke mana. Bought it during PKP time. Hehe
Masa balik cuti raya, pokok bayam brazil semua mati. I ada a bit frustrated jua. Ramai orang cakap, pokok bayam brazil ni senang ada air ada matahari dia tumbuh. Lah, I punya selamat dah mati. Hm cuaca kawasan rumah I kejap hujan kejap matahari terik, eh mati pokok kita.
Unfortunately, pokok ginseng jawa pun I have to kerat semua daun sebab kena infected dengan mealybugs.
Ni lepas dah kerat semua daun-daun. Bunga pertama. |
Dalam banyak-banyak i ada lah harapan tinggi pokok cili I tu hidup dan keluar cili.
Sebab nak beli cili mahal. Lagi-lagi I masak guna banyak cili :')
Anak Pokok bunga telang. Tapi belum ada bunga nyo. Bunga Telang ni yang buat biru nasi kerabu, untuk perempuan sesuai buat ulam atau buat air. Insha Allah boleh lancarkan period. |
Masa seller shopee hantar anak pokok bunga Telang ni rapi betul dia bungkuskan. Harga pun berbaloi. Nama kedai dia Flora Nurseri. https://my.shp.ee/tKjdYSP (In case, you guys need the link)
Sebelum ni pernah cuba tanam kangkung secara hidroponik tapi I takut nyamuk so I sendiri stop the experiment.
Seriau demam denggi tak hilang lagi.
I masih tengok-tengok tanam benda lain. Last time nak cuba tanam kunyit eh tak jadi tak de naik pun hahah
No comments:
Post a Comment