11//Pendam

I ada masalah untuk process my emotions. 

Banyak orang yang kena cancer/strok, tak lari, mesti someone yang memendam. 
Usually orang tu ada period of grief, sedih dalam life dia. Period of suppressing their angers. 

I know kadangkala faktor pemakanan cause the illness tapi, it will never cause of makanan only. 

Emotions ada vibration yang significantly impacting our overall well-being and interactions with others. 

I just realized yang most of the time I express my anger without actually showing it. Passive aggression. 

Took a toll on my anxiety and depression for a long time. 

Interesting to learn more and more about your body everyday. Always a new thing to discover/deepen your knowledge. Alhamdulillah. 

So starting today, I belajar untuk process my emotions. I want to stop feeling resentful towards anyone yang hurt me. Boleh ke?

Kadang-kadang kata tu tak terluah, I just want to learn to let go tanpa dia trigger di kemudian hari. 
Itu lah, selalu kita belajar untuk tidak trigger orang. 
Tapi kita overlook pasal diri kita. 

Ada sesetengah benda tu trigger emosi kita. Cause a change in our attitude, demeanour, physical and mental well-being. 

 If you that close to me, you will be aware of my breathing. Banyak kali I will just tarik nafas dan hembus to relax myself first or i cakap 'takpe' a looooottt. 

Never I realised before this,yang my 'takpe' is my coping statement. 

Selalunya kalau I ada mood tiba-tiba untuk pergi spa tu, it's my way to release some of my sadness or upset with anything. 

Korang perasan kan, kalau rasa negatif or sedih or sakit hati, badan kita sakit-sakit?


10//Tallow Skincare Journey

I honestly kurang sunning/grounding lately. Not lately tapi since past months. I found that my body weight static and body inch pun macam naik. So my friend, ZulIzzati pushed me to start my brisk walk balik. When there is a push factor then only I can get my routine back to normal. Bangun pun semangat, start the day pun semangat. Nak jaga diri pun semangat!

Tak dinafikan, my skin pula jenis yang kena dimanja-manjakan selalu. 

I recently ada baca yang tallow cream ni suitable untuk orang yang ada eczema/sensitive skin macam I. Melalui pembacaan I, I pilih untuk beli tallow lemak lembu by @MiezTa&Co. 


So I beli tallow whipped cream with avocado oil tu. Sekali dengan tallow lotion. 




Texture dia macam balm. Dekat situ pun dia ada bagi direction to apply lightly. 

Masa these two sampai, I guna that night and I suka gila the effect bila bangun pagi. Suka sentuh-sentuh kulit. Rasa lembut macam baby skin gitu. Mind you, I jenis yang tidur dalam aircond so dia memang really did the work, keep your skin moist. 

Kalau rata-rata baca review di Shopee untuk this product ada yang akan cakap yang bau hamis dia kuat. Betul tapi i don't really mind it sebab i suka jeee haha. 

So far, using this belum buat I punya pore clogging. Tu yang I suka. Selain rasa kulit macam bouncy toink toink, skin tak rasa greasy. 

For the tallow lotion, the ingredient is together with black seed and rose water. Sampai-sampai masa buka parcel dah boleh bau dah black seed tu haha kalau kalian keliru, black seed tu habbatus sauda. It's a very strong scent. I think i don't mind sebab both of it jenis yang natural. Not something chemical smell. Tallow lotion dia kena apply lebih lightly sebab texture macam heavy cream. Tapi tak melekit pun. Cuma rasa macam,'aww I tak nak guna banyak sangat' gitu. Dari segi absoprtion, cepat dan pantas!

I prefer lepas shower terus apply the lotion.

And one thing la I perasan, both products macam tak perlu reapply banyak kali. 

Yang penting, as someone yang ada dry and sensitive skin, I suka guna product yang can help to remain my skin hydrated, tak oily after application and tak rasa tight. 

Is the product safe for pregnant woman? Tak tahu, sebab for the lotion itself stated ada Stearic Acid. Untuk apa yang I baca, dermatologist advise to limit the use of stearic acid during pregnancy. 

This is the ingredients for Tallow Lotion diffused with Black Seed Oil and Rose Water

1.Rose Water

2. Beef Tallow

3.Glycerin.

4. Black Seed oil

5. Grapeseed oil

6. Emulsifying Vegetable Wax

7. Stearic Acid

8.Preservative

9. Fragrance

I tak berani to recommend pregnant mommies to use the lotion.  Kalau tallow cream berani hehe

Ini pula ingredients for Tallow Cream with Avocado Oil.

1.Beef Tallow

2.Sunflower oil

3.Sweet almond oil

4.Avocado oil

Product dari Miezta (boleh search di X/Twitter) ni  organic made and Malaysian made. 

Dan I belajar to get a clearer and better skin tak perlu banyak sangat layer of product. And jangan asyik pegang muka or mata. Huhuhu



9//Walk Pot, TRX Exhange Mall

 We was wandering around TRX Mall. Saja jalan-jalan, ambil angin after a tiring audit week. 

Adik was asking whether I could bring her to Walk Pot. I still not very familiar with the mall but senang nak ingat, bawah sekali ialah SEIBU Food section and food court. Senang cakap, bawah ialah eateries section. 


So, for the Walk Pot ni, you choose apa you nak makan, buat payment at the counter and waiting for your food to be ready. 

Adik I tahu kedai ni from TikTok. Konsep kedai ni lebih kurang sama macam Nabe Hotpot and Sukiyaki tu. Previously kami berdua ada makan dekat Pasar Seni(macam 300-400 meter dari kedai mee tarik famous tu). 


You pilih base soup dia, base carbo dia, and apa you nak letak dalam tu. Naili was eager to try the fried chicken tapi bila sampai she said the ayam was not as she expected. Lorgh rupanya dia expect macam ayam korea. Padahal ayamnya ialah ayam goreng ashe haha


Bandingkan gambar menu dan yang kita dapat :')
Maybe kalau my sister expect macam ayam McD/KFC/A&W make some sense lah. 

I honestly recommend tomyam soup dia. I ordered both base soup tomyam. I had a bowl of rice while my sister pilih ramen. 

The restaurant ambience pun okay. Mereka cepat bersihkan meja. Waiting number tak terlampau lama,bearable. 

Harga untuk dua orang makan dalam RM61.80 ni termasuk drinks dan I think I add on something yang premium. So kalau takde yang premium tu should be lesser than that. 



8//Green Fingers?

Honestly I ingatkan I takde green fingers. 

I tanam pun sekadar suka-suka sebab I nak ada something to do. Tak nak layan rasa annoyed dengan orang sekeliling. Fokus buat kerja lain. 

Indirectly nak belajar something. 

Earlier I started with pokok som jawa/ginseng jawa/pokok kolesom. Kemudiannya bayam brazil. Sekarang tiba-tiba ada anak pokok cili. 

Ginseng jawa dan bayam brazil ni hasil yang i bawa balik dari rumah umi. I buat keratan batang dan cucuk dalam tanah pasu. 

Anak pokok cili pulak, I semai biji benih saja-saja dekat cocopeat yang I beli dari Shopee. I pun terkejut dia naik tunas semua tu. 

Dalam banyak-banyak pokok ni semua, I kenal pokok bayam brazil je sebab selalu makan. Kenal lah daun dan teksturnya. 

Pokok ginseng jawa masa umi bagi dia cuma cakap boleh makan buat ulam. A friend of mine, Sabila yang bagitahu "oit, tu daun ginseng jawa ni. Senang dia nak tumbuh" Even pokok cili pun masa dia naik keluar tunas semua tu pun kawan-kawan yang tegur bagitahu nama pokok dekat InstaStory. Hehehe

I beli satu lagi dekat Shopee,pokok bunga telang.. Dah many days pun tak keluar bunga lagi. Ni dah bulan ketiga. Tapi daun-daun dia masih sihat, pokoknya pun masih tumbuh. Bahagian yang nak keluarkan bunga tu ada tapi dia tak berbunga lagi. 

Setakat hari ini, pokok ginseng jawa punya bunga sentiasa cantik. Always my favorite. 

Masa mula-mula baru sedar biji cili dah naik anak pokok, Bayam brazil dalam kenangan huhu



Anak pokok cili yang I tanam pula, masa semai mula-mula tu I pergi letak banyak banyak. Biji benih tu dari cili merah/hijau yang dah rosak. Yang macam on the way nak berkulat tu, i remove seeds dia and selamba je lah letak. 

Ramai orang dah pesan, pokok cili ni manja ya. Kena selalu manjakan dia. Satu lagi, I aware yang I patut separate dia ke atas seedling tray tu,mesti kena ada jarak semua. 
Again I procrastinate a lot, my seedling tray tu pun entah ke mana. Bought it during PKP time. Hehe

Masa balik cuti raya, pokok bayam brazil semua mati. I ada a bit frustrated jua. Ramai orang cakap, pokok bayam brazil ni senang ada air ada matahari dia tumbuh. Lah, I punya selamat dah mati. Hm cuaca kawasan rumah I kejap hujan kejap matahari terik, eh mati pokok kita.
Unfortunately, pokok ginseng jawa pun I have to kerat semua daun sebab kena infected dengan mealybugs.




Ni lepas dah kerat semua daun-daun. Bunga pertama.
Pokok ginseng jawa ni, kebaikan dia i baca kat blog/website orang lain: akar dia boleh gunakan untuk medication kalau batuk. Daun dia orang banyak buat ulam, and the benefits sama macam ginseng Cina atau Korea.


Dalam banyak-banyak i ada lah harapan tinggi pokok cili I tu hidup dan keluar cili. 
Sebab nak beli cili mahal. Lagi-lagi I masak guna banyak cili :')




Anak Pokok bunga telang. Tapi belum ada bunga nyo. 
Bunga Telang ni yang buat biru nasi kerabu, untuk perempuan sesuai buat ulam atau buat air. Insha Allah boleh lancarkan period. 

Masa seller shopee hantar anak pokok bunga Telang ni rapi betul dia bungkuskan. Harga pun berbaloi. Nama kedai dia Flora Nurseri. https://my.shp.ee/tKjdYSP (In case, you guys need the link)


Sebelum ni pernah cuba tanam kangkung secara hidroponik tapi I takut nyamuk so I sendiri stop the experiment. 

Seriau demam denggi tak hilang lagi. 

I masih tengok-tengok tanam benda lain. Last time nak cuba tanam kunyit eh tak jadi tak de naik pun hahah




The Author

My photo
Still conflicted between opening myself up to the world and keeping things in private.